Wednesday, July 13, 2011

CUTI KE ROME! (:

HARI 1
Kita tiba di Rome selepas penerbangan selama dua jam dari London! (: Kita pergi ke flat yang telah disewa, yang dekat dengan Piazza Di Spagna (Spanish Steps). 

Kita juga pergi ke Spanish Steps dan juga ke Pantheon! (: DAN MAKAN GELATO <3

HARI 2
Untuk hari ini, kita melawati Trevi Fountain, dan juga ke Vatican untuk satu wisata berpemandu. Ia sangat menarik dan menakjubkan. Perkara yang terutamanya menakjubkan adalah Sistine Chapel, yang dilukis oleh Michelangelo dalam masa empat tahun.

HARI 3
Hari tiga diluangkan untuk melawati Colosseum. Selepas itu, kita pergi ke Roman Forum, dan meneroka. Pada malam itu juga, kita pergi ke Piazza Navona, yang sangat terkenal dan indah.

HARI 4
Pada hari ini, kita pergi ke Galleria Borghese, satu muzium yang juga terkenal. Iaitu adalah tempat yang saya paling suka di Rome, kerana dia sangat menarik dan cerita seni-seni yang ditunjukkan sangat menarik.

HARI 5
Hari ini, kita pergi ke Campo De Fiori, iaitu satu pasar yang terkenal, dan juga ke Pantheon sekali lagi. Kita juga dapat potret dilukis oleh artis-artis jalan.

HARI 6
Kita pulang ke Singapura (:

Jadi, iaitu cuti saya di Rome. Ia sangat seronok dan saya mempelajari banyak tentang seni dari muzium-muzium di Rome. (:

I <3 ROMA


Spanish Steps

Pantheon

Trevi Fountain

Di luar St. Peters' Basilica, The Vatican

Colosseum

Di Luar Galleria Borghese

(:

No comments:

Post a Comment