Wednesday, February 9, 2011

Pengenalan Diri!!

HII :D

Nama saya Yuri, dan tarikh lahir saya ialah 7 Ogos 1996.

Saya mempunyai seorang kakak kembar, dan seorang adik perempuan yang berusia sembilan tahun. Nama mereka ialah Eri (kakak) dan Miri (adik).

Saya suka banyak filem-filem dari pelbagai genre, kecuali filem seram. Saya muda takut. Heh. Antara filem-filem  kegemaran saya adalah filem aksi seperti "Salt" dan juga filem-filem cewek seperti "Mean Girls".

Artis-artis muzik kegemaran saya seperti Taylor Swift, Lady Gaga dan Katy Perry. Malam lepas, saya pergi ke konsert Taylor Swift bersama kembar saya dan seorang kawan saya dari sekolah rendah! :)

Bidang yang saya suka ialah Bahasa Inggeris, subjek sastera dan matematik. Bidang yang paling terburuk saya ialah Bahasa Melayu (Maaf cikgu!:P) dan subjek kimia.

Negara yang saya paling suka ialah England (!) sebab saya tinggal di London selama tiga tahun. Saya juga suka negara Belgium kerana itu negara yang saya menyokong di Sukan Olympik Belia tahun lalu. Pasukan hoki Belgium sangat bagus! :)

Idola saya ialah makcik saya kerana dia seorang peguam yang sangat berjaya. Dia juga tinggal di London, yang merupakan rumah impian saya.

Saya mesti pergi now... selamat tinggal! :)

No comments:

Post a Comment