Wednesday, July 13, 2011

CUTI KE ROME! (:

HARI 1
Kita tiba di Rome selepas penerbangan selama dua jam dari London! (: Kita pergi ke flat yang telah disewa, yang dekat dengan Piazza Di Spagna (Spanish Steps). 

Kita juga pergi ke Spanish Steps dan juga ke Pantheon! (: DAN MAKAN GELATO <3

HARI 2
Untuk hari ini, kita melawati Trevi Fountain, dan juga ke Vatican untuk satu wisata berpemandu. Ia sangat menarik dan menakjubkan. Perkara yang terutamanya menakjubkan adalah Sistine Chapel, yang dilukis oleh Michelangelo dalam masa empat tahun.

HARI 3
Hari tiga diluangkan untuk melawati Colosseum. Selepas itu, kita pergi ke Roman Forum, dan meneroka. Pada malam itu juga, kita pergi ke Piazza Navona, yang sangat terkenal dan indah.

HARI 4
Pada hari ini, kita pergi ke Galleria Borghese, satu muzium yang juga terkenal. Iaitu adalah tempat yang saya paling suka di Rome, kerana dia sangat menarik dan cerita seni-seni yang ditunjukkan sangat menarik.

HARI 5
Hari ini, kita pergi ke Campo De Fiori, iaitu satu pasar yang terkenal, dan juga ke Pantheon sekali lagi. Kita juga dapat potret dilukis oleh artis-artis jalan.

HARI 6
Kita pulang ke Singapura (:

Jadi, iaitu cuti saya di Rome. Ia sangat seronok dan saya mempelajari banyak tentang seni dari muzium-muzium di Rome. (:

I <3 ROMA


Spanish Steps

Pantheon

Trevi Fountain

Di luar St. Peters' Basilica, The Vatican

Colosseum

Di Luar Galleria Borghese

(:

HARI CUTI JUN! (: YAYY

hihi! (: saya akan menceritakan tentang peristiwa-peristiwa saya dalam hari cuti jun sekarang! (:




pada bulan jun, saya pergi ke London dan Rome untuk makan angin! --> peribahasa!! OMGG yah!


OKAY saya akan ceritakan tentang pelancongan saya ke London sekarang!


HARI 1
Pada hari satu, kita pergi tiba di Heathrow Airport pada petang dan berehat hingga malam (:


HARI 2
Untuk Hari 2, kita pergi ke Garson Farm untuk memetik strawberi! (: itulah satu tradisi keluarga saya setiap kali kita pergi ke London (: strawberi-strawberinya merah dan sangat sedap! (;Selepas itu, kita pergi ke Pembrooke Lodge, iaitu satu rumah yang sangat terkenal.

HARI 3
Untuk hari ini, kita meneroka kawasan yang mengelilingi rumah makcik saya, yang mempunyai banyak pusat-pusat. Kita membeli-belah untuk pagi itu, dan selepas itu, berkelah makan tengah hari di Kensington Park. Kita juga melawati Diana Memorial Fountain, dan berseronok di dalam pancutan itu.

HARI 4
Hari ini kita pulang ke bandar yang kita dahulunya tinggal dalam, iaitu Barnes. Pada malam itu, kita juga menonton satu persembahan muzik iaitu Legally Blonde: The Musical.

HARI 5
Kita pergi ke Ripley’s Believe It Or Not! pada pagi hari ini, dan melihat banyak perkara-perkara menarik. Kita juga pergi ke banyak tempat terkenal di London, seperti Trafalgar Square, London Eye, Picadilly Square dan sebagainya. Pada hari ini juga, Eri hampir dicopet di London Eye oleh seorang wanita. Malam itu, kita menonton satu lagi persembahan, yang bernama War Horse. Ia tentang seorang lelaki yang kehilangan kudanya dalam peperangan.

HARI 6
Pagi hari ini juga diluangkan untuk membeli-belah! (: Kita juga pergi ke taman riadah Kensington dan member makanan kepada burung-burung di sana.

HARI 7
Hari ini sangat AWESOME! (: hehehe, maaf, dalam bahasa melayu: menarik! (: Kita pergi ke Oxford, dan diberikan wisata berpemandu oleh kawan bapa saya yang mengajar di Oxford. Malam itu kita juga menonton persembahan Wicked! (: YAY <3

Hari 8
Pada hari akhir di London, kita pergi ke Hyde Park dan selepas itu, menonton persembahan Wizard Of Oz. Kita juga melawati apartmen yang ibu bapa saya telah membeli di London (:

Hari 9
KITA MENINGGAL LONDON UNTUK MELANCONG KE ROME! (:

Yah, jadi iaitu cuti saya! (: Ia sangat seronok dan menarik, dan ia berasa sangat baik untuk pulang ke London sekali lagi! (:



 
Di luar Legally Blonde (:

Di Trafalgar Square!

London Eye

Kensington Park

Oxford
Berkelah di taman riadah!

Strawberry Picking! (:

ARTIKEL SAYA (:

14 Jul 2011
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif
SINGAPURA
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif
ANUGERAH JAUHARI
Peluang kedua tidak disesia berkat tidak kenal erti putus asa
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif
Oleh
Nazri Hadi Saparin
DI dinding pejabatnya, tergantung peribahasa 'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain' yang terukir dalam sebuah bingkai.
Ia mengingatkan beliau kepada perjalanan hidupnya, membina syarikat dari sebuah kedai kecil hinggalah ia mencapai keuntungan bersih $16 juta tahun lalu.
Kisah kejayaannya bermula pada 1974, langkah pertamanya menceburi dunia niaga. Namun, percubaan itu menemui kegagalan.
Hanya selepas empat bulan beroperasi, beliau terpaksa gulung tikar. Kedainya di Peninsula Plaza terpaksa dijual kepada seorang kenalan.
Walau kecewa, beliau enggan menyerah kalah, malah lebih bertekad mahu berjaya.
Perkataan 'berputus asa' jelas tidak wujud dalam kamus kehidupan Encik Mohamed Salleh Marican.
Kurang enam bulan selepas itu, beliau bangkit semula, mengorak langkah baru dalam dunia perniagaan.
'Saya beli semula kedai itu. Kedai sama, perniagaan sama, malah bahan-bahan pun sama.
'Namun, perbezaannya ialah kali itu saya bukanlah Salleh Marican yang sama,' katanya, matanya bersinar menampakkan keazaman yang jelas masih membara dalam jiwanya.
Kisah jaya Encik Mohamed Salleh, 61 tahun, sudah diketahui ramai.
Beliau menamakan syarikatnya Second Chance, mencerminkan peluang keduanya dalam perniagaan walau hakikatnya Encik Mohamed Salleh menemui kegagalan lebih daripada sekali.
Kini, Second Chance Properties adalah satu-satunya syarikat Melayu/Islam yang tersenarai dalam papan utama bursa Singapura - status yang dicapainya pada 2004.
Syarikat itu mengendalikan perniagaan pakaian wanita First Lady di Singapura dan Malaysia, dan barang kemas Golden Chance selain mempunyai portfolio 75 buah hartanah bernilai lebih $180 juta.
DI MANA SEGALANYA BERMULA
Encik Mohamed Salleh dibesarkan di sebuah rumah kedai di Joo Chiat Road dan sejak kecil sifat keusahawanan beliau sudah menyerlah.
Semasa di sekolah rendah, beliau mendapat ilham berniaga setelah melihat teman-temannya membeli gula-gula hampir tiap hari.
'Jadi saya beli gula-gula secara borong, harganya lebih murah dan kemudian jual kepada kawan-kawan,' katanya bangga.
Kecenderungan itu mungkin dipengaruhi oleh bapanya, Allahyarham Marican Kadir, yang mengendalikan sebuah kedai di Chulia Street.
Bapa beliau, yang meninggal dunia ketika Encik Mohamed Salleh berusia 15 tahun, berasal dari Neravy di Karaikal, India, sementara ibunya, Cik Salmah Mar'ie, merupakan orang Melayu Singapura.
Namun, Encik Mohamed Salleh sendiri menyifatkan naluri tersebut sebagai kurniaan Tuhan, bakat semula jadi yang tidak ingin beliau sesiakan.
'Dari sudut itu, saya anggap diri saya beruntung,' ujarnya, berterus terang.
TOLAK TAWARAN KERJAYA STABIL
Di akhir Perkhidmatan Negara (NS), Encik Mohamed Salleh, yang berpangkat Leftenan, ditawarkan menyambung khidmatnya sepenuh masa.
Namun, beliau menolak tawaran itu kerana impiannya ialah menjadi menjadi seorang usahawan, bukan jeneral, katanya.
Keputusan itu kurang disenangi ibunya.
'Saya masih ingat kata-kata arwah emak: 'Kau ingat senang nak meniaga. Bapak kau 50 tahun meniaga, naik turun, naik turun, bila tidak ada meniaga, sakit perut. Apa yang dia tinggalkan, rumah ini saja'.
'Saya faham kenapa emak saya cakap begitu. Dia sudah lihat bapa saya bergelut dengan pasang surut perniagaan.
'Tapi saya tidak gentar dengan kesusahan. Saya sanggup mengharunginya,' ujar beliau.
Ternyata, Encik Mohamed Salleh bukan sahaja berjaya menempuhi masa-masa sukar, malah menjadikannya dorongan untuk berjaya.
Berbekalkan pengalaman kegagalan pertamanya, percubaan kedua beliau dalam perniagaan lebih berhasil.
Dalam masa dua tahun, pada 1976, Second Chance mempunyai tiga cawangan di Singapura.
Pada 1978, beliau menceburi bidang pakaian siap.
Ia menerima sambutan baik dan pada 1983, Encik Mohamed Salleh mula memfrancaiskan jenamanya, menjadikan Second Chance antara syarikat setempat pertama yang difrancais.
Dalam masa hanya lima tahun, Second Chance mempunyai 25 cawangan - 18 di Singapura dan tujuh di Malaysia.
SECOND CHANCE 'BERGOYANG'
Namun, setelah menerima anugerah usahawan Melayu terbaik pada 1988, sekali lagi Encik Mohamed Salleh berdepan dengan masalah.
Tiba-tiba perniagaannya merosot dengan mendadak, dan para pemilik francais mula runsing.
Encik Mohamed Salleh menerangkan Second Chance begitu popular sebelum itu kerana imej 'Baratnya' - hasil penggunaan iklan yang bijak.
Beliau berbelanja besar dengan menggunakan model 'orang putih' untuk memasarkan jenamanya. Bahkan, penggambaran bagi iklannya dihasilkan di Australia.
'Tapi selepas anugerah itu dan publisiti meluas yang saya terima, pengguna mula sedar Second Chance ini jenama setempat.
'Bukan itu saja, mereka melihatnya sebagai jenama fesyen untuk orang Melayu. Dari situ timbul masalah,' ujar beliau.
AMBIL LANGKAH PAHIT
Sejajar dengan fitrah Encik Mohamed Salleh yang realistik dan tidak gentar mengambil langkah sukar, beliau mula menutup cawangan-cawangan Second Chance demi mengelak kerugian yang lebih besar.
Menjelang 1992, kesemua cawangan Second Chance ditutup, kecuali empat di Singapura.
Daripada merungut dengan nasib yang menimpanya, Encik Mohamed Salleh sebaliknya melihat peluang yang terbuka.
Mencungkil kekuatan 'imej tidak sengaja' Second Chance sebagai fesyen Melayu, beliau mengambil keputuan menumpukan perhatian pada pasaran Melayu.
Pada November 1992, First Lady, butik pakaian wanita Melayu, dilancarkan.
Pada Disember 1993 pula, beliau membuka Golden Chance, kedai barang perhiasan emas.
Kini, First Lady mempunyai 41 cawangan di Singapura dan Malaysia, sementara Golden Chance terus mendahului saingan dalam pasaran barang perhiasan emas untuk pengguna Melayu.
HIDUP SEDERHANA
Apabila perniagaannya menghadapi masalah dahulu, ramai yang tampil membantu.
Beliau mendapat pinjaman wang daripada keluarga, termasuk isteri dan ibu mentuanya. Malah, ada juga jiran-jiran yang membantu.
'Saya terharu. Orang-orang ini sanggup berpisah dengan barang kemas dan wang ribuan dolar untuk membantu saya,' kata beliau, nadanya yang sentiasa lantang kini dipenuhi emosi.
Lantaran itulah, beliau gigih membantu usaha-usaha amal.
Sejak pembentukan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) pada 1992, Second Chance telah menjadi penderma tetap dana itu dengan sumbangan $22,222 hampir setiap tahun - mencerminkan nilai peluang kedua yang dekat dengan hati Encik Salleh.
Beliau juga kerap mendermakan produk-produk Second Chance selain duduk dalam lembaga pengarah Temasek Cares - sebuah badan amal syarikat pelaburan pemerintah Temasek Holdings.
Menurut Encik Mohamed Salleh, sumbangannya kepada amal tidak seberapa. Malah, beliau rasakan ia tidak mencukupi.
Justeru, beliau telah mewasiatkan sepertiga hartanya kepada amal.
'Sesiapa sahaja yang telah mencapai kejayaan mahu menyumbang kepada masyarakat; saya tidak terkecuali.
'Saya gembira dapat membantu golongan yang memerlukan kerana saya dulu pun pernah hidup susah,' ujarnya.
Sejarah hidupnya yang penuh dengan onak dan duri itu membentuk pandangan beliau kepada kehidupan.
Beliau berpegang teguh pada prinsip kesederhanaan. Beliau tidak memiliki telefon bimbit dan tidak suka memakai jam tangan.
Malah, anak bongsunya, Encik Mohamed Amal, 24 tahun, yang kini mengurus First Lady di Malaysia, mendedahkan beliau dan tiga kakaknya tidak pernah dimanjakan dengan kesenangan.
Namun, anak sulung Encik Mohamed Salleh, Cik Nadia, 35 tahun, berkata bapanya tidak lokek kasih sayang.
'Sejak kami kecil, bapa mesti pulang untuk makan tengah hari dan makan malam bersama. Apabila dia ke luar negara untuk bisnes, dia akan bawa anak-anak.
'Jadi walaupun dia sibuk, kami tahu dia sentiasa tidak jauh daripada kami,' ujarnya.
Encik Mohamed Salleh akur keluarga adalah segala-galanya kerana tanpa mereka, kejayaan beliau 'tidak bermakna'.
'Saya bekerja keras selama ini pun untuk keluarga,' katanya.
Setelah hampir empat dekad bekerja keras, isterinya, Cik Maria, yang setia menyokong suaminya dalam masa-masa sukar dan senang, mengharapkan suaminya itu akhirnya berehat.
'Tapi saya tak rasa ini akan berlaku,' katanya, tersenyum lebar.
Jelas, Cik Maria sudah masak dengan sikap suaminya.
Kini, Encik Mohamed Salleh sibuk mengorak langkah membangunkan Second Chance menjadi sebuah syarikat bilion dolar dalam pemodalan pasaran menjelang 2022.
Namun, wang bukan lagi menjadi motivasinya, kata Encik Mohamed Salleh.
'Apa yang saya miliki lebih dari cukup. Saya tidak mahu lagi mengejar kekayaan.
'Susah untuk saya terangkan. Mungkin seperti pendaki gunung. Selepas menawan Everest, mereka mahu menawan gunung itu melalui laluan lain, yang lebih mencabar.
'Mungkin kerana setelah sekian lama, saya ketagih kepada cabaran bisnes ini. Atau mungkin saya mahu jadi yang terbaik, meninggalkan sebuah legasi,' ujarnya.

YAY ITULAH ARTIKEL SAYA! inilah ulasan saya tentangnya:

I AM SO AWESOME (:

Perjalanan Hidup
                Artikel ini tentang seorang usahawan bernama Mohamed Salleh yang membina syarikat yang terkenal walaupun dia menghadapi beberapa cabaran. Syarikat pertamanya terpaksa gulang tidur selepas empat tahun, tetapi dia tidak berputus asa. Inilah sifat yang bagus kerana saya mempunyai ramai kawan-kawan yang berputus asa apabila mereka gagal dalam sesuatu kerana mereka berasa malu. Selepas enam bulan, dia mencuba sekali lagi dan kali ini, dia berjaya untuk memulakan syarikat yang terkenal, iaitu “Second Chance”.
                Perjalanan hidupnya bermula dengan bapanya yang gagal dalam golongan perniagaan. Apabila dia ditawarkan menyambung khidmatnya sebagai Leftanan sepanjang masa, ibunya mahu dia mengambil pekerjaan itu. Namun, Mohamad tidak mahu kerana dia mahu bekerja sebagai usahawan. Saya berasa bahawa ini keputusan yang baik kerana dia memilih untuk mengikuti aspirasinya walaupun ia mempunyai risiko. Saya menyokong keputusan itu kerana saya juga pernah membuat keputusan seperti ini, antara mengikut apa yang saya mahu atau apa yang mungkin lebih selamat untuk saya. Syarikat barunya berjaya membuka tiga lagi cawangan dalam dua tahun, dan akhirnya, 18 di Singapura dan 7 di Malaysia.
                Namun, kejayaannya tidak kekal kerana jenamanya akhirnya menjadi tidak sebegitu popular. Mohamed memutus untuk membuka jenama-jenama baru yang diperhatikan kepada pasaran Melayu.
                Mohamad sekarang berumur 61 tahun, dan mempunyai beberapa anak. Dia masih dapat melangsungkan kerjayanya sebagai usahawan dan meluangkan masa dengan anak-anaknya. Walaupun dia sudah kaya, dia masih mahu mengejarkan kerjanya lagi, dan mahu cuba cara yang baru untuk memilik kekayaan.

Cabaran-cabarannya dan bagaimana dia mengatasinya
                Mohamed Salleh menghadapi banyak cabaran dalam kehidupannya. Cabaran pertamanya adalah ibunya tidak menyokong keputusannya untuk menjadi seorang usahawan kerana dia mahu Mohamed mengambil pekerjaan yang telah ditawarkan kepadanya sebagai Leftanan. Namun, Mohamed sangat tegas mempercayai dalam keputusannya dan akhirnya, membuktikan kepada ibunya bahawa dia boleh berjaya sebagai usahawan.
                Cabaran kedua adalah syarikat pertamanya tidak berjaya. Kedainya terpaksa gulang tikar kerana ia tidak dapat memperoleh wang yang mencukupi. Dia tidak dapat mengatasi cabaran itu pada pertamanya, tetapi akhirnya dia mengatasinya dengan membuka syarikat baru selepas beberapa bulan.
                Cabaran ketiga adalah apabila syarikat barunya, yang terkenal dan berjaya, “Second Chance”, mula menjadi tidak popular. Popularitinya menurun kerana pelanggan-pelanggannya mula sedar bahawa ia tidak jenama dari orang putih, tetapi jenama bertempatan. Ia tidak sebegitu menarik lagi, jadi Mohamed terpaksa menutupkan beberapa kedai. Dia mengatasi masalah ini dengan menyedarkan masalah yang dia terpaksa menangani. Akhirnya, dia mengatasi cabaran dengan membuka kedai baru yang mnumpukan perhatian orang Melayu.
                Cabaran akhirnya adalah untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya dan isterinya sambil bekerja. Dia mengatasi cabaran ini dengan membawakan anak-anaknya apabila dia melancong atau pulang untuk makan tengah hari atau makan malam bersama mereka.

Ciri-ciri yang boleh dicontohi
                Ciri pertamanya adalah dia tidak berputus asa. Contohnya adalah walaupun syarikat pertamanya tidak berjaya, dia tidak berputus asa dalam kerjayanya dan mencuba sekali lagi. Dia juga tidak berputus asa walaupun populariti syarikatnya, Second Chance, mula menurun.
                Ciri keduanya adalah dia tahu apabila dia telah membuat kesalahan. Contohnya adalah dia memilih untuk menutupkan beberapa kedai “Second Chance” kerana dia sedar bahawa mereka tidak begitu berjaya. Ini membuktikan bahawa dia dapat menyedari kesalahnnya dan cuba menangani mereka.
                Ciri ketiganya adalah dia pandai membahagikan masa. Contohnya adalah walaupun kerjayanya memerlukan banyak masa, dia masih dapat meluangkan masa untuk keluarganya. Dia mencuba untuk meluangkan lebih masa dengan anaknya dan isterinya walaupun dia seorang usahawan yang sangat terkenal dan masa pekerjaannya biasanya panjang.

YAY OKAY (: byebye! 

Sunday, February 20, 2011

CYBERITA

http://cyberita.asia1.com.sg/mluarnegara/story/0,6879,182388,00.html?

Selepas membaca artikel ini, saya berasa sangat sedih :( Saya berasa sedih kerana protes-protes ini dipicu oleh protes-protes di Egypt, dan keadaan di Libya sangat berbeza dengan keadaan di Egypt. Di Egypt, President Hosni Mubarak telah mengundurkan diri dari jawatan presiden, kerana protes-protes itu berkumpul banyak publisiti dari seluruh dunia dan ramai orang yang berpengaruh menasihatinya untuk mengundurkan diri. Juga, ketenteraan di Egypt enggan mencedarkan penunjuk perasaan dari Egypt, lantaranya tiada ramai orang yang korban. Namun, situasi di Libya sangat berbeza kerana polis tiada isu dengan mencederakan penunjuk-penunjuk perasaan kalau mereka berasa iaitu akan menghentikan mereka dari membantah seterusnya. Inilah sebab 84 orang telah korban di Libya, dan saya berasa ini sangat berhiba-hiba. Saya hanya boleh harap bahawa isu ini akan diselesaikan dengan cepat dan tanpa kehilangan lebih ramai nyawa.

:(:( Yuri

Tuesday, February 15, 2011

Masa yang berlalu tidak akan kembali...

Apakah perkara yang paling menggembirakan kamu yang berlaku pada tahun lalu? Ceritakan.

Perkara yang paling memnggembirakan saya ialah semasa acara Sukan Olimpik Belia. Saya diberi peluang untuk pergi ke Perkampungan Dunia dan bertemu dengan ramai atlit! (Seperti atlit BELGIUM <3)

Apakah perkara yang mengecewakan kamu pada tahun lalu? Apakah pengajaran yang kamu raih daripada pengalaman itu?

Perkara yang mengecewakan ialah apabila saya hampir tidak lulus Bahasa Melayu. Pengaran yang saya raih adalah untuk sentiasa tabah dan tidak mudah berputus asa! :)

Apakah sikap buruk atau perkara-perkara negatif yang ingin kamu kikis atau ubah? Bagaimana caranya?

Sikap buruk yang saya ingin ubah ialah sikap kompetitif saya. Saya akan ubah sikap ini dengan cuba lebih menolong orang lain :)

Azamku :)

10 azam yang saya ingin capai pada tahun ini:

1) Menjimat wang seratus dolar! $$$$
2) Pelajar cara bersepatu roda 
3) Cuba mendapat gred B dalam Bahasa Melayu.
4) Selesaikan membaca buku "Restu"!
    - 2 perenggal setiap hari!
5) Melangsingkan badan :X
6) Berkawan dengan ramai orang (sekurang-kurangnya lima belas) dari kelas-kelas lain! :)
7) Cuba mendapat keputusan cemerlang di sekolah
8) Cuba bertutur dalam Bahasa Melayu dalam kelas Bahasa Melayu
     - Bertutur dengan Anisah di dalam kelas 11v13
     - Kadang-kadang bertutur dengan Eri di rumah! :)
9) Kurangkan masa menonton televisyen :P
10) Luluskan NAPFA! (terutamanya acara larian 2.4km :X)
Kekuatan saya ialah...

- Saya suka membuat nota-nota sekolah sendiri
- Saya sangat mudah untuk berkawan :D
- Saya tidak berputus asa! (walaupun asya tidak begitu mahir dalam Bahasa Melayu. Heh.)

Kelemahan saya ialah...

- Kadang-kadang, saya sangat kompetitif dalam pelajaran.
- Saya suka berjalan cepat (walaupun Anisah suka berjalan perlahan :P)
- Saya takut untuk cuba bertutur dalam Bahasa Melayu.

~~

Prinsip hidup saya ialah...
"Jangan bimbang, cuba gembira!" :D (Don't worry, be happy.)

Cita-cita saya ialah...
untuk menjadi seorang doktor atau peguam yang berjaya! :)

Pada tahun ini saya berazam untuk...
1) Membaca lebih banyak buku dalam Bahasa Melayu.
2) Cuba mendapat gred B dalam Bahasa Melayu.
3) Berkawan dengan lebih ramai orang dari kelas lain! (sekurang-kurangnya lima belas :P)